Thursday, September 3, 2009

Murid sekarang......leka ???

Minggu ini merupakan minggu terakhir sebelum peperiksaan UPSR. Selama ini, murid-murid kelas saya telah membuat banyak latihan tetapi nampaknya kumpulan murid ini “tidak bersemangat ” untuk “berperang di medan peperiksaan”. Mereka membuat latihan kerana disuruh, semasa menjawab soalan, mereka bulatkan jawapan sesuka hati sahaja tanpa meneliti penganggu jawapan yang lain.

Merenung kembali masa saya mengambil peperiksaan UPSR, cikgu saya memberi banyak kerja rumah kepada kami, di samping itu banyak teknik-teknik menjawab soalan perlu kita hafal. Masa tu amat tertekan bagi kita semua. Hal ini memang amat berbeza dengan zaman sekarang, sekarang walaupun disediakan pelbagai bengkel, ceramah yang disediakan untuk mereka, tetapi sambil pensyarah mengucap, murid-murid juga bercakap di bawah. Keadaan ini amat menyakiti hati saya.

Pada zaman teknologi sekarang, keadaan memang amat berbeza dengan zaman saya. Kanak-kanak sekarang hidup dalam keadaan bermewah, apa-apa yang berhasrat, mereka meminta terus daripada ibu bapa sahaja. Mereka tidak perlu risau akan apa-apa dalam kehidupan mereka. Patutkah keadaan ini diteruskan?

Keadaan ekonomi Negara sekarang sudah agak stabil, tetapi sebelum ini, Negara kita telah mengalami kegawatan ekonomi yang serius. Banyak keluarga telah menghadapi masalah kewangan. Untuk menyelesaikan masalah ini, kebanyakkan isteri yang berperanan untuk menjaga anak-anak mereka di rumah telah bekerja di luar untuk mencari nafkah tambahan. Anak-anak mereka telah dikirimkan di rumah saudara-mara atau di pusat penjagaan.

Ini menyebabkan anak-anak mereka jarang berkomunikasi dengan ibu bapa mereka. Masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka tidak dapat diluahkan. Sebelum ini, ibunya yang tidak bekerja akan mengulang kaji pelajaran anaknya setiap malam. Selepas bekerja, ibu tiada masa untuk berbuat demikian kerana keletihan daripada pekerjaan. Bagi anak-anak, mereka akan menggangap ibu tidak mengambil berat dan tidak sayang mereka lagi, jadi mereka juga bersikap malas mengulang kaji kerja sekolahnya.

Untuk membetulkan semula sikap ingin belajar murid-murid sekarang, semua pihak perlu berganting bahu, baik ibu bapa, guru-guru mahupun pelajar itu sendiri perlu bertnggungjawab. Jika keadaan tidak diatasi, masalah mendidik murid-murid ini akan semakin rumit dan menjadi suatu kekangan besar bagi Negara kita kelak nanti.

5 comments:

  1. Saya setuju apa yang Man Ying katakan. Mereka memang kurang semangat. Saya juga agakbimbang terhadap UPSR yang akan datang. Tapi rasa-rasanya saya sendiri yang bimbang berbanding dengan mereka yang akan mengambil ujian.

    ReplyDelete
  2. kita sebagai guru yang bimbang!!! bukannya pelajarnya!!!(berasa amat risau)

    ReplyDelete
  3. saya tak bimbang sangat dengan anak murid saya. yang risau ialah macam mana masa depan mereka kalau masih lagi malas dan berdegil.

    ReplyDelete
  4. huiying: betul juga kata huiying.
    jika mereka sendiri tidak risaukan masa depan sendiri, siapakah yang mampu menolong mereka lagi ???

    ReplyDelete
  5. apa nak jadi dengan students zaman sekarang ni... dah makin pandai melawan

    ReplyDelete