Tuesday, September 8, 2009

Telefon Bimbit sekarang ...


Surat menyurat merupakan medium utama untuk menyalurkan maklumat pada zaman dahulu. Semasa zaman peperangan, askar-askar akan mengutuskan surat kepada ahli keluarga memberitahu mereka bahawa dia sihat.

Pada zaman yang berteknologi sekarang, pengunaan surat menyurat telah beralih kepada penggunaan telefon, lebih-lebih lagi telefon bimbit yang mudah alih.
Surat menyurat tidak lagi pilihan orang ramai untuk menghantar maklumat.

Telefon bimbit sekarang tidak seperti dahulu. Telefon bimbit sekarang telah disertakan banyak kegunaan. Selain daripada menghubungi orang lain ia juga dimuatkan dengan kegunaan-kegunaan lain. Hal ini dibuktikan bahawa perkhimatan SMS telah banyak digunakan kerana ia memudahkan orang ramai. Contohnya, jika seseorang itu mengalami sakit kerongkong, dia tidak perlu bersusah payah untuk bercakap lagi, tetapi dia boleh berkomuniukasi dengan orang lain melalui penghantaran SMS.

Di samping itu,telefon bimbit sekarang juga dimuatkan MP3. Bagi mereka yang suka mendengar lagu-lagu, mereka tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang lagi untuk membeli sebuah MP3 atau MP4 yang baru.Dengan membeli telefon bimbit yang mempunyai kegunaan MP3, ia dimuatkan kegunaan ini di dalamnya. Tambahan pula, taraf ingatan (memory card) boleh dinaikkan taraf sehingga ke luasan yang lebih besar sehingga 8 GB, dengan itu banyak lagu boleh dimasukkan dalamnya. Keadaan ini amat memenuhi keperluan pemuda-pemudi sekarang.

Kamera juga merupakan elemen penting yang tidak kurang dalam sesebuah telefon bimbit. Apabila ingin mengambil gambar, mereka boleh terus menggunakan kamera yang ada pada telefon bimbit, mereka tidak perlu membawa kamera yang lain lagi yang mungkin akan membebankan.

Di samping itu, telefon bimbit sekarang berkemampuan untuk melayari internet. Ini akan memudahkan golongan pekerja atau pemuda untuk mencari maklumat di mana dia berada dan pada waktu kelapangan dia seperti semasa menunggu bas. Ini dapat menjimatkan masa. Telefon I-pod yang baru dihasilkan juga menjadi kegemaran orang lain.

Banyak kebaikan didapati pada telefon bimbit, tetapi ia juga mendapat keburukan. Saya pernah membaca satu laporan yang mengenai kisah benar seorang budak perempuan darjah 6 yang mendapat 7A dalam peperiksaan UPSR. Ibunya telah membeli sebuah telefon bimbit baru yang lengkap dengan pelbagai fungsi untuk memberikan ganjaran dan merangsangkannya supaya terus berusaha. Setelah mendapat telefon bimbit baru itu, kelakuan budak perempuan itu telah berubah, dia selalu SMS dengan kawan-kawan, bercakap dengan kawan sampai larut malam dan melayari internet sehingga bil telefon mencecah empat ratus ringgit sebulan. Budak perempuan itu tidak berminat untuk belajar lagi. Ibunya bertindak untuk merampas semula telefon bimbit itu. Akhirnya, budak perempuan itu telah membuat keputusan untuk meninggalkan rumahnya.

Setelah membaca cerita ini, saya mendapati pelajar-pelajar yang bersekolah yang tidak digalakkan menggunakan telefon bimbit. Mereka yang menggunakan telefon bimbit harus mengetahui fungsi asas telefon adalah untuk menghubungi orang dalam kecemasan.

Adalah banyak kegunaan yang dimuatkan dalam sesebuah telefon bimbit merupakan suatu tidakan yang bijak? Adakah ia suatu ciptaan atau gabungan yang betul?

5 comments:

  1. dulu, telefon bimbit adalah suatu kehendak manakala sekarang ia adalah suatu keperluan. saya tidak hidup tanpa telefon bimbit. kadang-kadang, saya sampai ke sekolah,baru teringat terlupa bawa telefon bimbit, saya akan balik rumah dan ambilnya. walaupun saya tahu tiada sesiapa yang akan menelefon saya. ini adalah suatu kebiasaan. setakat yang saya tahu, hobiu beberapa kawan saya adalah menukar telefon bimnbit baru. di sinilah, dapat kita tahu kehebatan telefon bimbit.

    ReplyDelete
  2. Manying...
    awak tahu... saya punya telefon bimbit digigit2 oleh anak saudara saya. hehehe...suara pemanggil pun dah jadi macam kartun. secanggih mana pun teknologi kita pasti ada kelemahannya.

    ReplyDelete
  3. Pada masa dahulu keluar mana -mana pun tidak bawa telefon bimbit tidak apa
    , tetapi sekarang nak keluar mesti semak ada bawa telefon bimbit tak.
    Kadang -kadang terdengar lagu saja pun ingat ada orang telefon saya , mesti cari telefon di
    dalam beg .

    ReplyDelete
  4. Pada pendapat saya, salah satu daripada sebab-sebab telefon bimbit menjadi suatu keperluan dalam kehidupan kita ialah ketidaklengkapan perkhidmatan telefon awam di negara kita.
    Tetapi, memandangkan fungsi telefon bimbit tidak lagi sekadar sebagai alat untuk menelefon atau menerima panggilan, maka keinginan dan keperluan manusia terhadap telefon bimbit akan terus meningkat.
    Moga-moga kita semua menjadi pengguna telefon bimbit yang bijaksana.

    ReplyDelete
  5. fungsi telefon bimbit sekarang memang tidak kita nafikan. jadi kita harus menggunakannya dengan bijaksana ^_^

    ReplyDelete