Thursday, September 17, 2009

Genting Highlands

Negeri Pahang sebagai destinasi pelancongan, telah dianugerahkan gunung yang menghijau, keindahan bukit bukau, kampung nelayan yang mengkagumkan, pasir pantai yang putih dan juga tasik-tasik yang misteri dan mencabar. Dengan populasi yang ramai negeri Pahang yang terletak di Pantai Timur Malaysia menawarkan destinasi pantai yang indah dan menyeronokkan Di Pahang juga pelancong boleh melihat keindahan Cameron Highlands, Genting Highlands dan Bukit Fraser. Di samping itu, negeri Pahang turut mempunyai taman-taman hutan yang terpelihara keasliannya.

Terdapat banyak tempat pelancongan di Malaysia, minggu ini saya akan memperkenalkan Genting Highlands kepada kawan-kawan. Seperti yang dinyatakan terdahulu, Genting Highlands berlokasi di negeri Pahang. Merentasi sempadan negeri Pahang dan Selangor, perjalanan ke Genting Highlands mengambil masa kira-kira sejam dengan kereta dari Kuala Lumpur ataupun melalui kereta kabel bergerak yang terpantas di dunia.

Genting Highlands Resort kadang-kadang dikenali sebagai Las Vegas Malaysia kerana di sinilah didirikan satu-sayunya kasino yang diniagakan secara sah di Malaysia. Genting Highlands Resort ini dibina oleh Tan Sri Lim Goh Tong. Kasino ini dikendali oleh Kumpulan Genting. Kawasan percutian ini juga terdiri daripada beberapa hotel yang dimilik anak syarikat Genting, termasuk Genting Hotel, Highland Hotel, Resorts Hotel, Theme Park Hotel, Awana Genting dan First World Hotel. First World Hote.Kemudahan-kemudahan lain dalam kawasan percutian ini termasuk taman tema, padang golf, pusat beli-belah, simulator terjun langit dan banyak lagi.

Merenung kembali empat tahun sebelum ini, pengalaman saya yang menjejak masuk ke kasino. Memang ramai orang berada di sana, masing-masing bermain dengan “permainan” kegemaran mereka. Mereka boleh berada dalam situ berjam-jam tanpa makan. Nasib baik terdapat minuman Milo dan Nescafe disediakan. Jika tidak, mereka memang tidak berminum. Saya “tidak berani” untuk “bermain”, tengok orang lain “main” sudah cukup.
Di samping itu, Genting Highlands yang mempunyai kawasan tarikan pelancongan sepanjang tahun menyebabkan ramai pelancong akan berkunjung di Negara kita. Pelancongan kini menjadi semakin penting sebagai salah satu sektor penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi Negara dan negeri Pahang. Daerah Bentong mempunyai kelebihan untuk pembangunan Pelancongan Tanah Tinggi kerana keadaan rupa buminya. Sektor pelancongan di Genting Highlands telah menyediakan peluang pekerjaan kepada warganegara kita.

Jadi, kawan kawan yang berminat untuk melancong, bolehlah berkunjung ke Genting Highlands bersama-sama dengan keluarga anda.

3 comments:

  1. Itu adalah tempat yang paling ku cintai. Setiap kali aku akan melancong ke sana. Tak tahu mengapa, kemungkinan saya suka cuaca di sana. Akan tetapi makanan yang dijual di sana memang mahal! Pada hari kemerdekaan yang baru lalui saya telahpun melancong ke sana.

    ReplyDelete
  2. Saya berlawanan dengan Ng. Bukan tak suka hanya kurang suka. Tapi kalau kawan-kawan beria-ria nak pergi akan ikut juga ^_^

    ReplyDelete
  3. Anak saya paling suka pergi ke Genting . Sabtu yang lepas ini saya juga membawa mereka bermain di sana .

    ReplyDelete