Friday, August 28, 2009

bas

Menurut Kamus Dewan bas bermaksud kenderaan besar yang membawa penumpang yang beroperasi, biasanya mengikut jadual perjalanan tertentu. Bagi saya bas merupakan pengangkutan awam yang akan menghantar penumpangnya dari satu destinasi menuju ke destinasi lain. Bas terbahagi kepada beberapa jenis iaitu bas awam, bas sekolah, bas persiaran dan lain-lain lagi.

Di Malaysia, bas-bas ini akan dilabelkan seperti bas sekolah berwarna jingga, kebanyakan bas pekerja berwarna biru dan lain-lain lagi.

Mulai tadika lagi, saya menaiki bas ke sekolah. (ibuku tiada lesan memandu) Pada masa itu, saya memang cemburu akan kawan-kawan yang dihantar oleh ibu-bapa. Mereka sangat bertuah dan tak payah bersesak dalam bas. Pengalaman yang pahit bagi saya, suatu hari sewaktu sekolah bersurai, pelajar lelaki yang suka main air telah menuangkan air ke badan pemusuhnya, kebetulan saya yang duduk di sebelah, badan saya juga basah, memang saya ni bermalang, setiba di rumah emak pula memarahi saya…..(geram betul saya, saya pemangsa juga). Ketibaan hari hujan keadaan menjadi lagi teruk, budak-budak lelaki itu suka membasahi badannya sehingga basah kuyup, apabila mereka menaiki bas, seluruh bas akan sangat “wangi”.

Setiba sekolah menengah , saya terus menaiki bas ke sekolah. Masalah timbul apabila saya mendapati ia mengambil masa yang lama untuk sampai ke rumah (yang sebenarnya dalam perjalanan dari sekolah ke rumah saya hanya memakan sepuluh minit sahaja) Ini kerana pemandu bas membelit-belit dalam taman-taman untuk menghantar pelajar-pelajar lain pulang. Disebabkan rumah saya berada di lokasi agak dalam, maka sayalah pelajar yang terakhir sampai ke rumah.

Saya telah mengambil kepatusan untuk mendapatkan lesan motor selepas tingkatan tiga. Dengan keazaman saya berlatih untuk memandu, sayalulus dalam ujian yang dijalankan. (saya tidak tahu untuk menunggang basikal sebelum ini, selepas ada mendapati lesan motor baru saya tahu caranya menunggang basikal) Selepas saya mendapat lesan, saya bersinggah ke sekolah dengan motor saya. Tiga tahun selapas itu, saya telah melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban. Disebabkan jarak antara Kajang dengan Seremban agak jauh dan saya tak tahan memandu motor dengan lama, maka setiap minggu saya balik dari maktab dengan bas.

Begitulah “jodoh” saya dengan bas. Sekarang saya sudah bertahun-tahun bekerja, saya pergi dan balik dengan kereta. Tiada pengalaman untuk menunggu bas lagi……

4 comments:

  1. Dulu, bas adalah pengangkutan utama saya semenjak dari sekolah rendah, menengah dan maktab. Semenjak mengajar je baru saya pandai bawa kereta sendiri...

    Sekarang ni naik baspun dah jarang sekali. Rasa macam takut-takut pula...

    ReplyDelete
  2. Dari kecil lagi, saya kurang menaiki bas selainkan melancong. Biasanya bapa saya yang hantar saya ke sana sini. Bersyukur. Tapi... Setelah saya mengajar di sini, saya baru mula belajar teknik-teknik menaiki bas pulang ke kampung. Baru saya tahu susahnya...

    ReplyDelete
  3. saya banyak menaiki bas masa belajar di sekolah menengah dan maktab. sebelum beli kereta pun kerap juga (nak pergi meet dengan kawan-kawan).

    saya ingin membeli sebuah basikal. saya hanya berpeluang menunggang basikal masa kanak-kanak. malangnya basikal tu 'diroboh' oleh mak saya kerana abang-abang yang nakal tu berebut-berbut kerana basikal itu.

    seronok menunggang basikal kerana boleh 'makan angin' terus dan bersenam pada masa yang sama.

    ReplyDelete
  4. man ying memang berjodoh dengan ooi....topik yang sama diceritakan...bas? sebenarnya saya selalu menaiki bas sejak kecil....masih ingat saya selalu pergi ke pasar bersama ibu dengan menaiki bas...masa itu bapa sibuk bekerja dan ibu pula tidak tahu memandu kereta..bas ini boleh dikatakan berjasa kepada saya..hehe

    ReplyDelete