Wednesday, September 23, 2009

sekolah !!

Memandangkan kebanyakan kita adalah guru, minggu ini saya akan menerangkan tempat kerja kita semua iaitu sekolah. Sekolah merupakan sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi untuk memberikan ilmu kepada pelajar. Struktur sekolah moden mungkin dilengkapi dengan kemudahan teknologi maklumat (IT) atau sekadar bilik darjah sahaja. Selain itu, sekolah biasanya mempunyai beberapa tenaga pengajar atau guru untuk mendidik dan membimbing pelajar.

Biasanya seorang itu akan melalui beberapa jenis sekolah dan institusi pendidikan bermula dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan akhirnya ke universiti.
Namun demikian, sekolah tidak semestinya bangunan yang lain dari rumah seseorang. Kebanyakan negara mempunyai sistem pendidikan formal, yang biasanya wajib..

Terdapat beberapa jenis sekolah di Negara kita, iaitu dari dahulu iaitu zaman pemerintahan British sehingga sekarang, seperti sekolah pondok. Ia adalah satu satu sistem pendidikan tradisional yang banyak diamalkan di Malaysia dan Indonesia. Sistem pendidikan ini berfokuskan Islam dan biasanya mempunyai asrama. Sistem pondok yang diamalkan ini tiada had usia dan tidak mengira latar belakang sesiapa. Sesiapa sahaja boleh datang pada bila-bila masa untuk menuntut ilmu, meliputi semua ilmu akhirat.

Di samping itu, sekolah bestari pula merupakan satu konsep sekolah di Malaysia. Konsep ini akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar - kuat atau lemah, kaya atau miskin - mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan.
Pada peringkat permulaan, empat mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, akan diperkenalkan di Sekolah Bestari dengan menggunakan teknolgi terkini sebagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Semua bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan dalam bentuk perisian yang direka oleh Pusat Pemkembangan Kurikulum bersama dengan Bahagian Teknolohi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Selain itu, sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan kumpulan sekolah menengah perdana dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam UPSR dan PMR. Tujuan asal penubuhan sekolah jenis ini ialah untuk memberi peluang kepada pelajar bumiputera di luar bandar. Di sekolah berasrama penuh waktu belajar telah diatur oleh pihak sekolah dan setiap pelajar perlu mematuhi jadual tersebut. Inilah satu keunikan kehidupan sekolah berasrama penuh dibandingkan dengan kehidupan pelajar di sekolah harian biasa.

Begitulah tentang sedikit banyak tentang sekolah di Malaysia, anda berminat menghantar anak-anak ke sekolah jenis apa ?

3 comments:

  1. Mana-mana saja, asalkan gurunya pandai ABCDEF, iaitu...
    adil,
    bestari,
    celik IT,
    dinamik,
    efisyen,
    facebook!! hahahha...

    ReplyDelete
  2. Sekolah yang ada pokok dan padang. Tak tahan dengan sekolah yang dikelilingi bangunan dan lantai simen saja. Sesak nafas badan dan mental.

    ReplyDelete
  3. Ya. Sekolah kini telahpun berorientasikan peperiksaan. Kadang-kala saya juga tanya diri sendiri, apakah tujuan budak-budak datang ke sekolah? Memang kesian mereka yang belajar dengan penuh tekanan.

    ReplyDelete