Monday, April 27, 2009

Belajar cara menangani rasa kelaparan




Belajar bagaimana menangani rasa lapar amat penting untuk memastikan berat badan terkawal. Rasa lapar merupakan perkara normal bagi seseorang yang cuba menghadkan pengambilan makanan. Walau bagaimanapun, anda disarankan untuk mengetahui punca sebenar rasa lapar tersebut sama ada disebabkan faktor psikologi atau fizikal dan mengetahui bagaimana untuk mengatasinya.

Ramai antara kita yang makan ketika lapar. Sungguhpun tidak benar-benar lapar, namun mereka tetap cenderung mengambil makanan mengikut jadual makan yang telah dibiasakan sejak kecil lagi. Makan yang berpunca faktor psikologi merupakan satu lagi penyakit atau tabiat makan berlebihan ketika seseorang bersedih. tertekan malah gembira. Tahukah anda, lapar disebabkan faktor psikologi amat berbahaya kerana ia mempunyai pengaruh dan pembangkit nafsu makan anda!

Cuba fikir kembali, apa yang menyebabkan anda makan secara berlebihan dan bagaimanakah cara menghentikan tabiat tersebut? Apa yang anda harus lakukan demi memastikan perhatian anda tidak hanya terarah pada makanan semata-mata?

Sungguhpun lapar, namun percayalah anda masih mempunyai jalan untuk mengatasinya. Antara langkah yang dapat anda ambil adalah dengan membanyakkan mengambil makanan yang rendah kandungan lemak kerana ia lebih cepat dicerna dan mengundang rasa lapar berbanding makanan yang tinggi kalorinya. Bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk mengawal supaya makanan yang diambil tidak keterlaluan.

1. Pastikan setiap hidangan harian anda mempunyai kandungan protein dan makanan rendah lemak. Perbanyakan kudapan ringan seperti 'popcorn', kismis atau kekacang sementara menunggu waktu makan sebenar. Makanan sebegini membantu anda berasa kenyang tanpa meningkatkan kadar kalori dalam tubuh secara keterlaluan.

2. Selain itu, anda juga boleh memperbanyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan segar yang kaya dengan kandungan serat dan tinggi kandungan airnya. Kalau boleh, jadikan makanan jenis ini sebagai snek sehari-hari terutamanya anda ketika perut terasa lapar.

3. Rasa lapar yang keterlaluan menyebabkan anda cenderung makan melebihi kuantiti yang sepatutnya. Jadi untuk mengelakkannya, anda dinasihatkan makan sebelum perut benar-benar lapar. Kebanyakan kita berpendapat golongan wanita cenderung makan berlebihan sekembalinya mereka dan tempat kerja. Nafsu makan akan melonjak tatkala menyediakan makanan buat keluarga, apatah lagi anda sememangnya benar-benar lapar ketika itu. Jadi, sebagai langkah mengawal diri, anda dinasihatkan untuk mengisi perut terlebih dahulu dengan mengambil yogurt rendah lemak atau buah-buahan sebelum pulang ke rumah.

Tip ni juga boleh diamalkan sebelum anda keluar menghadiri kenduri-kendara atau majlis makan mengelakkan anda terpesona dengan deretan makanan lazat yang terhidang di atas meja santapan.

Skala 'The Hunger-Satiety Rating Scale', petikan dari buku Why Weight? A Guide to Ending Compulsive Eating (author: G. Roth, New York, NY: Penguin Books, 1989) mungkin boleh memberi penjelasan tentang tahap kelaparan seseorang.

Kenyang10 = Kenyang keterlaluan paling maksimum, anda terdedah pada penyakit

9 = Kenyang keterlaluan maksimum, anda perlu longgarkan kancing seluar

8 = Kenyang keterlaluan, rasa sesak dan senak

7 = Sangat kenyang seolah-olah terlebih makan

6= Kenyang, anda rasa selesaNeutral

5 = Selesa, anda tidak lapar

4 = Rasa lapar mula menunjukkan tanda
3 = Lapar, sedia untuk makan

2 = Sangat lapar anda tidak mampu memberi tumpuanLapar

1 = Kebuluran, anda akan rasa pening

Perhatikan skala di atas dan kenali di mana tabiat pemakanan seharian anda. Anda disarankan makan ketika berasa skala 4 iaitu tatkala rasa lapar mula menunjukkan tanda dan berhenti makan di skala bernombor 6. Ingat, jangan menahan lapar atau membiarkan perut menunggu lama. Kudaplah apa-apa sahaja yang kurang kalori atau rendah lemak untuk mengisi perut anda!

Friday, April 17, 2009

Pelajar saya











Mereka adalah pelajar saya dari SJK(C) Sg. Way di Petaling Jaya. Mereka mengambil peperiksaan UPSR pada tahun 2007. Sekarang mereka adalah pelajar tingkatan dua dan belajar di sekitar sekolah menengah di sekitar sekolah menengah Petaling Jaya..




Kami telah melawat ke Cameron highland pada akhir bulan Disember 2007...

Bunga Matahari



Nama Tempatan:Bunga Matahari
Nama Saintifik:Helianthus annuus
Nama Lain:common sunflower, sunflower, mirasol
Famili:Asteraceae/Compositae
Lokasi dijumpai:Tumbuhan di melur.com
Asal:Amerika



Terdapat pelbagai jenis bunga matahari yang biasa ditanam sebagai tumbuhan penghias halaman di Malaysia.Bunga matahari mendapat namanya kerana ciri bunganya yang akan sentiasa berpaling mengikut arah matahari.Kebanyakan bunga matahari boleh tumbuh agak tinggi sekitar 6 hingga 15 kaki. Bunganya pula bersaiz besar jika dibandingkan dengan bunga lain dari keluarga daisi.Diameter bahagian tengah bunganya selalunya berukuran antara 6 hingga 12 inci bergantung kepada keadaan iklim tempat penanamannya.Jika di Malaysia contohnya bunga matahari yang ditanam di kawasan tanah tinggi mempunyai saiz yang lebih besar dari yang ditanam ditanah rendah.Daunnya berbentuk oval.Bahagian permukaan daun dan batangnya di litupi oleh lapisan bulu kejur.

Ia merupakan sejenis tumbuhan yang mudah di tanam. Medium tanamannya berupa tanah yang neutral atau sedikit alkali.Jika tanah asid, kapur perlu ditabur sebelum bunga matahari ditanam.Seperimana namanya ia memerlukan cahaya matahari yang penuh.Ia merupakan tumbuhan semusim yang mempunyai kitar hidup yang pendek, sesetengah jenis hanya mampu bertahan selama 60 hari sahaja.Pembiakannya dilakukan melalui biji benih yang didapati daripada bahagian tengah bunganya.

Pulau Langkawi








Langkawi adalah gugusan 99 buah pulau yang terletak di luar pesisiran pantai Kedah. Ia sebuah pulau legenda yang penuh misteri, selain pusat pelancongan bertaraf antarabangsa dunia.


Tanyalah sesiapa saja di pulau ini, tentang kisah seorang wanita cantik bernama Mahsuri. Anda akan mendengar kisah cinta, cemburu, dan sumpah yang diletakkan ke atas pulau ini selama tujuh keturunan.

Nikmati keindahan alam semulajadi serta ketenangan landskap padi di sini dengan memandu di seluruh pulau ini.

Anda juga boleh melawat Padang Beras Terbakar, Telaga Air Panas, Telaga Tujuh, dan Pantai Pasir Hitam. Terdapat juga lawatan menggunakan bot ke Tasik Dayang Bunting, Gua Cerita dan Gua Langsir.

Anda juga boleh melawat Padang Beras Terbakar, Telaga Air Panas, Telaga Tujuh, dan Pantai Pasir Hitam. Terdapat juga lawatan menggunakan bot ke Tasik Dayang Bunting, Gua Cerita dan Gua Langsir.

Jika anda seorang yang gemar cabaran yang lasak, anda boleh juga menjelajah kawasan hutan di Langkawi, menaiki bot mengelilingi kawasan paya bakau, menyelam, atau bermain golf di pusat peranginan bertaraf lima bintang di pulau ini.

Datuk Lee Chong Wei












Biodata

  • Nama : Datuk Lee Chong Wei
  • Umur : 27 tahun
  • Tarikh lahir : 21 Oktober 1982
  • Tempat lahir : Barit Buntar, Perak
  • Tinggi : 173 sentimeter
  • Berat : 65 kilogram

Tiada apa yang dapat digambarkan selain daripada perasaan bangga dan gembira sebagai seorang rakyat Malaysia apabila Datuk Lee Chong Wei mengalahkan Lin Dan pada perlawanan akhir badminton Tebuka Switzerland.


Lee Chong Wei menang ke atas Lin Dan dengan 21-16 , 21-16 . Perasaan agak gusar apabila pada awal permainan pada set pertama seperti perlawanan sebelum ini Lin Dan sentiasa di depan mendahului Lee Chong Wei 11-7.

Semoga Lee Chong Wei dapat meneruskan kecemerlangan ini pada perlawanan-perlawanan lain juga.

Tahniah dan Syabas kepada Lee Chong Wei.


Wednesday, April 15, 2009

Tunku Abdul Rahman


Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah pada 8 Februari 1903. Beliau anak kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halimshah, Sultan Kedah yang ke-24. Bonda Tunku ialah Che' Menjalara anak kepada Luang Nara Borirak, Ketua Mataban, di Negara Thai.


Tunku memulakan persekolahan formal ketika berumur enam tahun, mula-mula di sekolah Melayu di Alor Setar, kemudian di Government English School. Ketika berumur sepuluh tahun Tunku telah dihantar ke Bangkok untuk tinggal bersama kakanda sulungnya Tunku Yusuf dan belajar di Sekolah Debsurin. Pada tahun 1915, setelah Tunku Yusuf pulang ke rahmatullah Tunku telah kembali ke Kedah dan meneruskan persekolahannya di Penang Free School.
Tunku telah melanjutkan pengajian di St. Catherine College, Universiti Cambridge pada tahun 1920 dengan biasiswa Negeri Kedah. Di sanalah Tunku pertama kali mengalami diskriminasi kaum. Permohonannya untuk tinggal di dalam kolej itu ditolak disebebkan warna kulit. Kemudian, setelah diketahui beliau anak raja, beliau ditawarkan tempat tinggal di kolej itu, tetapi berdasarkan prinsip beliau telah menolak tawaran itu dan tinggal di bilik sewa sepanjang kursusnya.

Beliau berjaya mendapat ijazah sarjana muda dalam undang-undang dan sejarah dari Universiti Cambridge pada tahun 1925. Pada tahun 1926, dengan sifat kepimpinan dan semangat kebangsaan yang mula berkobar-kobar, Tunku telah mengusahakan penubuhan Kesatuan Melayu Great Britain dan beliau dilantik menjadi Setiausaha pertamanya.
Pada tahun 1947, didorong oleh keazaman yang kuat Tunku ke England untuk menghabiskan pelajarannya di Inns of Court. Beliau berjaya mendapat kelayakan undang-undang dan pulang ke Kedah. Pada tahun 1949 Tunku telah dilantik menjadi Ketua Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Bahagian Kedah dan pada 26 Ogos 1951 Tunku telah menggantikan Dato' Onn Jaafar menjadi Yang di Pertua UMNO.


Semasa menjadi Presiden UMNO Tunku telah berusaha menyelesaikan masalah politik di Tanah Melayu dengan mendapatkan kerjasama daripada semua kaum dan hasilnnya telah tertubuh Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC.
Setelah pilihanraya umum yang pertama diadakan di negara ini pada bulan Julai 1955, di mana Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada jumlah 52 buah kerusi yang dipertandingkan Tunku dilantik menjadi Ketua Menteri dan Menteri Dalam Negeri.
Pada tahun 1956 Tunku mengetuai rombongan ke London untuk berbincang dengan Kerajaan British bagi mendapatkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu. Rundingan ini berjaya mendapat persetujuan British dan tarikh 31 Ogos 1957 telah ditetapkan sebagai tarikh kemerdekaan.


Pada tahun 1961, dalam satu majlis makan tengah hari dengan wartawan asing di Singapura, Tunku telah mengumumkan bahawa Tanah Melayu akan mengadakan satu persefahaman dengan Britain, Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan negara Malaysia. Penubuhan Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak telah diisytiharkan pada 16 September 1963. Bagaimanapun Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965.
Pada 22 September 1970 Tunku, dalam keadaan teramat sedih kerana Tragedi 13 Mei 1969, meletakkan jawatan dan Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua.

Nokia N95



Untuk hadiah tahun baru 2008, Budiey telah menghadiahkan kepada diri sendiri sebuah telefon bimbit Nokia N95 8GB. Jadi, tibalah masanya untuk Budiey mengucapkan selamat tinggal buat Nokia 5300 Xpress Music yang mana sudah satu tahun berkhidmat dan berjasa.
New year, new toy gadget… Nokia N95 8GB tampil dalam bentuk kompak, eksklusif dan comel dengan kamera 5 megapixel. Ianya tampak begitu canggih dengan ciri-ciri yang lebih mesra dan serasi dengan jiwa yang sentiasa ingin berada di alam maya. Sekiranya anda tidak mahu berpisah dengan talian internet dan untuk memastikan diri sentiasa berada di garisan, gadget terbaru ini serba sedikit dapat membantu anda menggapainya.

Model ini sebenarnya bukanlah model terbaru sebaliknya merupakan model yang dipertingkatkan daripada model Nokia N95 asal yang dilancarkan awal tahun 2007.
Selain memori terbina dalam yang ditambah sehingga 8GB, model ini turut diperbesarkan saiz skrinnya kepada 2.8 inci paparan QVGA sekali gus menjadi gajet multimedia pertama dengan kelebihan itu.
Sekiranya sesat di jalanan, boleh menggunakan maps yang boleh dimuatturun daripada nokia website dengan menggunakan GPS.
Kelebihan asal model ini seperti kamera lima megapiksel dengan optik Carl Zeiss, penentu lokasi satelit (A-GPS) terbina dalam, WLAN dan HSDPA masih lagi dikekalkan dan menjadi tarikan utama kepada model gelungsur ini.




Formula Satu



Formula Satu, singkatan F1, adalah kelas tertinggi perlumbaan formula kereta satu tempat duduk dengan tayar terdedah ditakrifkan oleh Fédération Internationale de l'Automobile (FIA). Musim kejuaraan Formula Satu terdiri daripada siri perlumbaan, dikenali sebagai Grand Prix yang diadakan di litar perlumbaan ataupun di jalan raya tertutup bagi menentukan dua Kejuaraan Dunia, satu untuk pemandu dan pengeluar.
Kereta berlumba pada kelajuan tinggi, lebih daripada 320 km/h (200 mph), dan mampu menarik sehingga 5g di sesetengah selekoh. Prestasi kereta bergantung pada elektronik, aerodinamik, suspensi dan tayar. Formula ini telah menyaksikan banyak evolusi dan perubahan melalui sejarah sukan tersebut.
Eropah merupakan pusat tradisi Formula Satu, semua pasukan berpangkalan situ dan hampir separuh perlumbaan diadakan di situ. Namun begitu, kini Grand Prix diadakan di seluruh dunia. Perlumbaan di Eropah dan Amerika dikurangkan untuk memberi laluan yang baru di Bahrain, China, Malaysia dan Turki termasuk Singapura bakal menganjurkan perlumbaan malam yang pertama pada 2008.
Ia merupakan acara televisyen yang besar, dengan jutaan orang menonton setiap perlumbaan di dua ratus buah negara. Sebagai sukan termahal dunia, kesan ekonominya adalah jelas, dan kewangannya dan pertarungan politik secara luas diperhatikan. Secara purata hampir 55 juta orang dari seluruh dunia menonton perlumbaan Formula Satu secara langsung. Its high profile and popularity makes it an obvious merchandising environment, which leads to very high investments dari penaja, translating into extremely high budgets for the constructor teams. Since the last decade, beberapa pasukan jatuh bankrap atau dibeli oleh syarikat lain.


Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu

Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) (IATA: BKI, ICAO: WBKK) terletak kira-kira 8 km dari bandar raya Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah, Malaysia. Ia adalah lapangan terbang kedua paling sibuk di Malaysia selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan kira-kira 4 juta orang penumpang menggunakan lapangan terbang ini setiap tahun untuk penerbangan domestik dan antarabangsa. Ia juga pintu utama bagi negeri Sabah. Dalam tahun 2006, kira-kira 2 juta pelancong melawati Sabah, dan dianggarkan bilangan pelancong meningkat melebihi 2.5 juta pada akhir 2007.




Pada pertengahan 2005, kerajaan Malaysia telah meluluskan satu projek untuk mengubahsuai dan menyambung LTAKK yang bernilai RM1.4 juta yang akan menyaksikan panjang landasan sedia ada sepanjang 2,988 m ditambah ke 3,780 m dan saiz terminal utama lapangan terbang (Terminal 1) bertambah dari 34,000 m² ke 87,000 m².

Terminal baru lapangan terbang ini boleh menampung empat Boeing 747, satu Airbus A330, tujuh Boeing 737, tiga Fokker 50 dan tiga Dornier pada bila-bila masa. Ia juga akan memiliki 12 jambatan udara untuk kegunaan penumpang.Menara kawalan trafik udara sekarang yang tercantum pada bangunan terminal utama akan dirobohkan dan akan diganti oleh satu menara berasingan. Keseluruhan projek termasuk sambungan landasan terbang dijadualkan siap pada pertengahan tahun 2009.

Apabila keseluruhan projek telah siap, lapangan terbang LTAKK akan dapat menampung pesawat Airbus A380, pesawat penumpang terbesar dunia. Lapangan terbang ini juga akan menjadi lapangan terbang yang kedua terbesar di Malaysia dengan satu kapasiti tahunan 12 juta orang penumpang - 9 juta dari terminal 1 dan 3 juta dari terminal 2.

Makanan Cina


Sudah penat bekerja sepanjang hari...


Marilah kita makan sesuatu yang sedap !!!
Di sinilah pelbagai jenis makanan bangsa cina, kalau anda berminat boleh kunjungi ke kedai-kedai di Kuala Lumpur ...

Masakan Cina berasal dari pelbagai tempat di China dan telah meluas di merata tempat di dunia — dari Asia Timur hingga Amerika Utara, Australia dan Eropah Barat.
Perbezaan kebudayaan antara setempat amat ketara di China, berbeza juga jenis gaya makanannya. Terdapat lapan masakan setempat yang utama, iaitu: Anhui, Kantonis, Hokkien, Hunan, Jiangsu, Shandong, Szechuan, dan Zhejiang. Terdapat juga masakan mengikut agama termasuk Buddha dan Muslim.
Satu hidangan dalam budaya Cina biasanya terdiri daripada dua atau lebih komponen utama:
satu sumber karbohidrat atau kanji, yang dikenali sebagai "makanan utama", makanan ruji) — biasanya nasi, mi, atau mantou (pau kukus); dan penyertaan hidangan sayur-sayuran, daging, ikan, atau benda-benda lain.
Mee merupakan bahagian yang penting dalam kebanyakan masakan Cina. Namun, di kebanyakan tempat di China, terutamanya bahagian utara, produk berasaskan gandum termasuk mi dan pau kukus (seperti mantou) lebih banyak, berbanding bahagian selatan yang dikuasai nasi. Meskipun nasi itu amat penting dalam masakan Cina, kadang-kala nasi langsung tidak dihidangkan; apabila begini, nasi hanya akan diberi apabila masakan lain sudah tiada, atau sebagai hidangan sampingan berbentuk nasi goreng pada akhir waktu makan. Sup biasanya disajikan pada awal dan akhir waktu makan di China Selatan.

Kartun kesukaan saya






Apakah kartun yang anda minat ??






Kartun "Disney"?? Ikan "Nemo"?? "Winne and the Pooh"








Saya suka akan "Mickey and Minny Mouse"..




Kamu ??