Friday, August 28, 2009

bas

Menurut Kamus Dewan bas bermaksud kenderaan besar yang membawa penumpang yang beroperasi, biasanya mengikut jadual perjalanan tertentu. Bagi saya bas merupakan pengangkutan awam yang akan menghantar penumpangnya dari satu destinasi menuju ke destinasi lain. Bas terbahagi kepada beberapa jenis iaitu bas awam, bas sekolah, bas persiaran dan lain-lain lagi.

Di Malaysia, bas-bas ini akan dilabelkan seperti bas sekolah berwarna jingga, kebanyakan bas pekerja berwarna biru dan lain-lain lagi.

Mulai tadika lagi, saya menaiki bas ke sekolah. (ibuku tiada lesan memandu) Pada masa itu, saya memang cemburu akan kawan-kawan yang dihantar oleh ibu-bapa. Mereka sangat bertuah dan tak payah bersesak dalam bas. Pengalaman yang pahit bagi saya, suatu hari sewaktu sekolah bersurai, pelajar lelaki yang suka main air telah menuangkan air ke badan pemusuhnya, kebetulan saya yang duduk di sebelah, badan saya juga basah, memang saya ni bermalang, setiba di rumah emak pula memarahi saya…..(geram betul saya, saya pemangsa juga). Ketibaan hari hujan keadaan menjadi lagi teruk, budak-budak lelaki itu suka membasahi badannya sehingga basah kuyup, apabila mereka menaiki bas, seluruh bas akan sangat “wangi”.

Setiba sekolah menengah , saya terus menaiki bas ke sekolah. Masalah timbul apabila saya mendapati ia mengambil masa yang lama untuk sampai ke rumah (yang sebenarnya dalam perjalanan dari sekolah ke rumah saya hanya memakan sepuluh minit sahaja) Ini kerana pemandu bas membelit-belit dalam taman-taman untuk menghantar pelajar-pelajar lain pulang. Disebabkan rumah saya berada di lokasi agak dalam, maka sayalah pelajar yang terakhir sampai ke rumah.

Saya telah mengambil kepatusan untuk mendapatkan lesan motor selepas tingkatan tiga. Dengan keazaman saya berlatih untuk memandu, sayalulus dalam ujian yang dijalankan. (saya tidak tahu untuk menunggang basikal sebelum ini, selepas ada mendapati lesan motor baru saya tahu caranya menunggang basikal) Selepas saya mendapat lesan, saya bersinggah ke sekolah dengan motor saya. Tiga tahun selapas itu, saya telah melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban. Disebabkan jarak antara Kajang dengan Seremban agak jauh dan saya tak tahan memandu motor dengan lama, maka setiap minggu saya balik dari maktab dengan bas.

Begitulah “jodoh” saya dengan bas. Sekarang saya sudah bertahun-tahun bekerja, saya pergi dan balik dengan kereta. Tiada pengalaman untuk menunggu bas lagi……

Thursday, August 27, 2009

Cuti sekolah saya

Setiap orang akan berasa gembira apabila mendengar frasa “cuti sekolah”, begitu juga dengan saya. Tetapi pada cuti bulan Ogos ini begitu banyak kerja akan dinanti-nantikan supaya saya siapkan menyebabkan saya tidak begitu seronok untuk menyambutnya. Bagi saya, cuti atau kerja tetap sama…

Dahulu, apabila tiba cuti sekolah, saya dan kawan-kawan saya mesti pergi melancong di pulau-pulau Malaysia. Dengan itu, sekurang-kurangnya saya dapat merelakskan minda saya yang berbulan-bulan sibuk memikir dan badan yang kuat bekerja.

Sekarang, “melancong” merupakan perkara yang saya mimpikan sahaja, (maklumlah cuti sekolah adalah tidak selari dengan cuti di UPM, apabila UPM cuti sekolah pula ada). Itulah takdir, saya perlu pandai mencari masa (masa yang menunggu bas, menunggu kawan) untuk menyiapkan kerja saya supaya saya boleh menguruskan masa saya dengan baik.

Berbalik ke cuti sekolah bulan Ogos ini, dua subjek dalam kursus UPM akan menjalankan peperiksaan pertengahan, tambahan pula dengan kerja-kerja khusus individu dan kerja kursus kumpulan…(pening kepala saya). Di samping itu, saya juga dikehendaki balik ke sekolah dan mengajar tuisyen kepada anak murid yang akan menghadapi peperiksaan pada bulan September ini… masa yang diperuntukan memang tidak cukup…

Tetapi pada minggu lepas selepas kelas gentian Dr. Arba’ie, saya dan kawan saya telah makan di “Old-town” di “South-city”(kerana hujan turun dengan lebat, makan di sana senang parking kereta dan badan tak payah basah). Selepas makan , kami pun menuju ke tempat letak kereta. Dalam perjalanan ke sana kita tersinggah sebuah gedung penuh dengan orang ramai. Saya berasa sangant hairan, barang-barang yang dijualkan macam tak payah bayar, semua orang merebut beli sahaja. Saya begitu hairan dan bertanya kepada pengurus di sana, rupa-rupanya itu gedung “Watson” yang akan menghabiskan stok-stok yang ada, barang-barang yang ada di sana harga serendah seringgit sahaja, patutlah orang ramai sanggup beratur panjang untuk membayar.

Saya dan kawan juga mengambil kesempatan masuk dan berjalan-jalan. Barang-barang yang dijual itu memang murah. Tisu yang kita gunakan (dibungkus dalam paket besar- mengandungi 9 paket) hanya seringgit sahaja, saya sempat merebut dua paket. Stik kapas yang lita gunakan untuk membersihkan telinga, tiga paket (600 batang) hanya menjual RM 1 sahaja, berus gigi sebatang seringgit……..banyak barang lagi…

Walaupun barang sangat murah, tetapi kami telah menghabiskan kira-kira dua jam untuk beratur, setiap pelanggan sekurang-kurangnya membeli 10 item. Ia memakan masa untuk bungkus dan mengira jumlah besar yang telah dibeli.semua orang tunggu dengan kesabaran tanpa apa-apa pergaduhan. Sesudah sampai giliran kami untuk membayar, kami pun balik ke rumah.

Hari ini memang letih, tetapi keletihan dipenuhi dengan barangan-barangan yang murah saya dapat beli, itu merupakan sejenis kepuasan.

Sunday, August 16, 2009

Saya dengan badminton




Tahun ini, entah bulan apa, entah hari apa, rakan sekerja sekolah saya telah mengajak saya bermain badminton sesamanya. Disebabkan saya kena tunggu di sekolah sampai pukul tiga petang sebab saya berkongsi kereta dengan abang saya, maka saya pun terima pelawaan itu.


Kami main sampai pukul tiga setengah. Disebabkan lama tidak main, sesudah sampai rumah, saya berasa amat letih. Tetapi seronok juga kerana dapat berpeluh dengan banyak. Sejak hari itulah, saya macam ketagih akannya. Setiap minggu sampai ke hari jumaat, tentu saya seronok kerana boleh main badminton. Kadang-kala pada hari minggu, kita juga balik ke sekolah dan bermain di gelanggang sekolah.


Saya mendapat banyak manfaat daripada bermain badminton. Yang paling ketara ialah saya dapat menyimbangi tekenan kerja saya. Banyak kerja sekolah dan tugasan-tugasan yang tidak kehabis-habisan… dan tekanan pula tidak dapat dilepas-lepaskan. Dengan bersukan sekali seminggu, saya dapat melepas geram melalui bermain badminton seperti gerak-gerak lari, mengejar bulu tangkis, dan “smash”… dapatlah saya melepaskan apa yang sepatutnya dilepaskan…ha ha seronok betul..


Dulu, saya akan deman jikalau keletihan bekerja atau kerja sampai larut malam. Ini disebabkan kekurangan rehat dan tidak cukup tidur, maka keimunan badan merosot. Sekarang, badan saya bertambah baik setelah bersenam. Walaupun sibuk bekerja, kami harus seimbangkan dengan senaman . Dengan itulah, kehidupan kita akan terjamin dan sihat, sejahtera serta damai.


Di samping bermain badminton, saya juga membeli kelengkapan-kelengkapan badminton. Pada mulanya, saya bermain badminton dengan kasut-bersiar-siar dan hari itu saya hampir terseliuh. Maka, hari keesokkan saya telah membeli sepasang kasut yonex. Selepas itu, saya boleh main dengan berkeyakinan dan lebih bersemangat lagi. Selain itu, saya tidak akan terjatuh atau terseliuh lagi.


Tambahan pula, raket badminton yang saya gunakan selama ini kepunyaan abang saya. Kebetulan pada sabtu lepas, kawan saya telah mengajak pergi ke kedai sukan. Jadi, daripada nasihat dan pengesyoran pemilik kedai itu (jurulatih badminton sekolah saya), kami berdua-dua masing-masing dapat membeli raket baru.


Pemain pujaan saya ialah Datuk Lee Chong Wei, walaupun kebelakangan ini beliau telah mengalami kekalahan dalam pertandingan, tetapi saya percaya bahawa beliau telah mencuba sedaya upaya untuk bermain. Kita harus mencontohi semangat kesukanan beliau dan bukan berasa sedih atas kekalahannya.

Friday, August 14, 2009

kawan

Kawan
Apa yang harus fikirkan
Jika kita tiada teman,
Keadaan yang amat kasihan,
Buat apalah nak lawan.

Akur dengan apa yang terjadi,
Pelbagai halangan perlu melalui,
Kawan yang abadi,
Di manakah harus aku temui.

Kaulah penyeri hidupku,
kaulah penyinar jiwaku,
Tanpamu, aku hilang tuju,
Aku haruslah tabahkan hatiku.

Saturday, August 8, 2009

Sibuk dengan kesibukan

Dalam cuti UPM yang lepas disebabkan H1N1, saya sibuk dengan kerja sekolah. Saya mengajar murid darjah enam, dan mereka akan mengalami peperiksaan percubaan di sekolah. Banyak latihan telah dibuat dan latihan tersebut perlulah saya periksa satu per satu untuk mengenal pasti kesalahan mereka. Selepas menyemak latihan tersebut, saya perlu membuat perbincangan dengan mereka. Ini disebabkan dengan membuat latihan yang banyak dapat mengelakkan murid-murid membuat kesilapan di peperiksaan UPSR nanti. Begitulah sepanjang seminggu kerja-kerja saya semasa cuti UPM.
Sebelum balik ke kelas Dr Arba’ie pada malam Rabu, kita semua menerina SMS dari saudara Adnan, bahawa Ahad ini ada kelas gantian. Rupa-rupa cuti seminggu H1N1 kena digantikan.Semua kawan-kawan kita mengeluh sahaja. Pada malam hari Rabu tersebut Dr Arba’ie juga hendak mengadakan kelas ganti pada hari Sabtu, nasib baik miggu ini sekolah saya tiada Ko-kurikulum.
Pada hari Jumaat kita mengadakan kelas ganti Dr Normaliza di bilik Cyber 1 dan bilik Cyber 2. Pada malam tersebut, kita harus menyiapkan tiga perkara. Pertama, mengingat kembali kata laluan untuk blog semester yang lepas. Daripada arahan Dr Normaliza, kita harus menghantar “post” setiap minggu, dan setiap “post” tersebut harus mengandungi 350 patah perkataan. Kedua, kita harus mendaftar di “Facebook”. Dengan menjadi ahli “Facebook” kita harus mempunyai akaun e-mail. Masalah yang saya hadapi ialah saya telah lupa kata laluan e-mail saya dan saya kena memohon e-mail baru. Saya telah meminta pertolongan beberapa kawan untuk menolong saya semasa memohon “Facebook”. Dengan adanya jasa baik mereka, barulah saya dapat menyelasaikan masalah saya semasa memohon “Facebook”. Perkara ketiga yang harus kami buat adalah, memohon menjadi ahli e-sastera. Semasa memohonnya, talian internet di bilik Cyber mengalami masalah talian menyebabkan saya telah mengambil masa yang panjang untuk memohonnya.
Ketika kita sibuk membuat tiga perkara ini, Dr Normaliza telah mencadangkan supaya kelas ganti Hari Ahad ini dibatalkan dengan syarat kita harus membalas soalan di “Facebook”. Ini merupakan berita yang baik untuk kita semua. Kita telah menolong kawan- kawan kita untuk membalas di “Facebook”. Akhirnya Dr Normaliza bersetuju untuk membatalkan kelas hari Ahad.
Setelah balik ke rumah, saya sibuk melayari internet untuk menyiapkan kerja-kerja blog dan membalas di e-sastera. Tetapi talian internet di rumah saya mengalami masalah, sehingga larut malam pun saya tidak saya melayari internet. Saya membuat keputusan supaya berhenti setakat itu, kerana hari esok ada kelas ganti, saya perlu rehat untuk mengahadiri kelas esok.
Begitulah kehidupan saya beberapa hari ini. Sibuk dengan kesibukan. Tetapi dengan adanya keazaman dan keiltizam, saya harap saya dapat menanggani masalah-masalah yang akan saya hadapi semua ini.