Saturday, August 8, 2009

Sibuk dengan kesibukan

Dalam cuti UPM yang lepas disebabkan H1N1, saya sibuk dengan kerja sekolah. Saya mengajar murid darjah enam, dan mereka akan mengalami peperiksaan percubaan di sekolah. Banyak latihan telah dibuat dan latihan tersebut perlulah saya periksa satu per satu untuk mengenal pasti kesalahan mereka. Selepas menyemak latihan tersebut, saya perlu membuat perbincangan dengan mereka. Ini disebabkan dengan membuat latihan yang banyak dapat mengelakkan murid-murid membuat kesilapan di peperiksaan UPSR nanti. Begitulah sepanjang seminggu kerja-kerja saya semasa cuti UPM.
Sebelum balik ke kelas Dr Arba’ie pada malam Rabu, kita semua menerina SMS dari saudara Adnan, bahawa Ahad ini ada kelas gantian. Rupa-rupa cuti seminggu H1N1 kena digantikan.Semua kawan-kawan kita mengeluh sahaja. Pada malam hari Rabu tersebut Dr Arba’ie juga hendak mengadakan kelas ganti pada hari Sabtu, nasib baik miggu ini sekolah saya tiada Ko-kurikulum.
Pada hari Jumaat kita mengadakan kelas ganti Dr Normaliza di bilik Cyber 1 dan bilik Cyber 2. Pada malam tersebut, kita harus menyiapkan tiga perkara. Pertama, mengingat kembali kata laluan untuk blog semester yang lepas. Daripada arahan Dr Normaliza, kita harus menghantar “post” setiap minggu, dan setiap “post” tersebut harus mengandungi 350 patah perkataan. Kedua, kita harus mendaftar di “Facebook”. Dengan menjadi ahli “Facebook” kita harus mempunyai akaun e-mail. Masalah yang saya hadapi ialah saya telah lupa kata laluan e-mail saya dan saya kena memohon e-mail baru. Saya telah meminta pertolongan beberapa kawan untuk menolong saya semasa memohon “Facebook”. Dengan adanya jasa baik mereka, barulah saya dapat menyelasaikan masalah saya semasa memohon “Facebook”. Perkara ketiga yang harus kami buat adalah, memohon menjadi ahli e-sastera. Semasa memohonnya, talian internet di bilik Cyber mengalami masalah talian menyebabkan saya telah mengambil masa yang panjang untuk memohonnya.
Ketika kita sibuk membuat tiga perkara ini, Dr Normaliza telah mencadangkan supaya kelas ganti Hari Ahad ini dibatalkan dengan syarat kita harus membalas soalan di “Facebook”. Ini merupakan berita yang baik untuk kita semua. Kita telah menolong kawan- kawan kita untuk membalas di “Facebook”. Akhirnya Dr Normaliza bersetuju untuk membatalkan kelas hari Ahad.
Setelah balik ke rumah, saya sibuk melayari internet untuk menyiapkan kerja-kerja blog dan membalas di e-sastera. Tetapi talian internet di rumah saya mengalami masalah, sehingga larut malam pun saya tidak saya melayari internet. Saya membuat keputusan supaya berhenti setakat itu, kerana hari esok ada kelas ganti, saya perlu rehat untuk mengahadiri kelas esok.
Begitulah kehidupan saya beberapa hari ini. Sibuk dengan kesibukan. Tetapi dengan adanya keazaman dan keiltizam, saya harap saya dapat menanggani masalah-masalah yang akan saya hadapi semua ini.

9 comments:

  1. Memang betul, kami hidup dalam kesibukan. Akan tetapi, jangan lupa meluangkan masa untuk bersukan. Semoga sihat.

    ReplyDelete
  2. Memang betul manying, sekarang ini kita semua sibuk. Sibuk dengan kerja-kerja di sekolah, sibuk dengan tugasan dan kerja kursus di UPM, serta sibuk dengan urusan keluarga yang tidak pernah habis-habis. Kadang-kadang rasa seperti tiada masa untuk diri sendiri. Namun semua itu harus kita tangani dengan bijak. Bahagikan masa dengan baik dan semua masalah akan selesai. Semoga kita semua akan berjaya...

    ReplyDelete
  3. Fuuyohhhh... Panjang lebar.
    Baca tapi tak habis-habis.

    Seakan kerja seorang guru di sekolah.
    Buat tapi tak habis-habis.

    Setuju pendapat saya? Saya tahu semua setuju.
    Hahaha..

    ReplyDelete
  4. yalah...
    maklumlah .... guru ni..
    dah tentu pandai meleter....

    ;))

    ReplyDelete
  5. rutin dan tugasan harian kita memang meletihkan tetapi jika kita melakukan dengan sabar dan ikhlas, pastinya kita akan rasa seronok. biarpun kerja melambak, pening pasti hilang bila melihat hasilnya...

    ReplyDelete
  6. bagus luahan hati awak tu. yang penting, semua yang dipelajari akan memberi manafaat suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  7. tak dinafikan setiap hari kita akan sentiasa sibuk terutama bagi kita yang bekerja pada waktu siang dan belajar pada malam harinya. Pandai-pandailah bagi masa agar apa yang kita buat tidak mendatangkan stress kepada diri. Yakin boleh.... Malaysia boleh....Manying boleh

    ReplyDelete
  8. memang kami semua sibuk.
    enjoylah dalam kesibukkan.
    hahahaha (sambil menangis)

    ReplyDelete
  9. Rasanya bayi yang paling lapang
    tidur, minum susu, tidur, minum susu lagi...
    (jangan-jangan bayi itu menjerit dalam hati: AKU NI PUN SIBUK JUGA. SIBUK TIDUR SIBUK MINUM SUSU... )

    hahahaha...

    Sibuk macam manapun luangkn masa untuk diri sendiri.

    Hanya badan yang sihat boleh menewaskan kesibukan.

    Setuju?

    ReplyDelete