Thursday, August 27, 2009

Cuti sekolah saya

Setiap orang akan berasa gembira apabila mendengar frasa “cuti sekolah”, begitu juga dengan saya. Tetapi pada cuti bulan Ogos ini begitu banyak kerja akan dinanti-nantikan supaya saya siapkan menyebabkan saya tidak begitu seronok untuk menyambutnya. Bagi saya, cuti atau kerja tetap sama…

Dahulu, apabila tiba cuti sekolah, saya dan kawan-kawan saya mesti pergi melancong di pulau-pulau Malaysia. Dengan itu, sekurang-kurangnya saya dapat merelakskan minda saya yang berbulan-bulan sibuk memikir dan badan yang kuat bekerja.

Sekarang, “melancong” merupakan perkara yang saya mimpikan sahaja, (maklumlah cuti sekolah adalah tidak selari dengan cuti di UPM, apabila UPM cuti sekolah pula ada). Itulah takdir, saya perlu pandai mencari masa (masa yang menunggu bas, menunggu kawan) untuk menyiapkan kerja saya supaya saya boleh menguruskan masa saya dengan baik.

Berbalik ke cuti sekolah bulan Ogos ini, dua subjek dalam kursus UPM akan menjalankan peperiksaan pertengahan, tambahan pula dengan kerja-kerja khusus individu dan kerja kursus kumpulan…(pening kepala saya). Di samping itu, saya juga dikehendaki balik ke sekolah dan mengajar tuisyen kepada anak murid yang akan menghadapi peperiksaan pada bulan September ini… masa yang diperuntukan memang tidak cukup…

Tetapi pada minggu lepas selepas kelas gentian Dr. Arba’ie, saya dan kawan saya telah makan di “Old-town” di “South-city”(kerana hujan turun dengan lebat, makan di sana senang parking kereta dan badan tak payah basah). Selepas makan , kami pun menuju ke tempat letak kereta. Dalam perjalanan ke sana kita tersinggah sebuah gedung penuh dengan orang ramai. Saya berasa sangant hairan, barang-barang yang dijualkan macam tak payah bayar, semua orang merebut beli sahaja. Saya begitu hairan dan bertanya kepada pengurus di sana, rupa-rupanya itu gedung “Watson” yang akan menghabiskan stok-stok yang ada, barang-barang yang ada di sana harga serendah seringgit sahaja, patutlah orang ramai sanggup beratur panjang untuk membayar.

Saya dan kawan juga mengambil kesempatan masuk dan berjalan-jalan. Barang-barang yang dijual itu memang murah. Tisu yang kita gunakan (dibungkus dalam paket besar- mengandungi 9 paket) hanya seringgit sahaja, saya sempat merebut dua paket. Stik kapas yang lita gunakan untuk membersihkan telinga, tiga paket (600 batang) hanya menjual RM 1 sahaja, berus gigi sebatang seringgit……..banyak barang lagi…

Walaupun barang sangat murah, tetapi kami telah menghabiskan kira-kira dua jam untuk beratur, setiap pelanggan sekurang-kurangnya membeli 10 item. Ia memakan masa untuk bungkus dan mengira jumlah besar yang telah dibeli.semua orang tunggu dengan kesabaran tanpa apa-apa pergaduhan. Sesudah sampai giliran kami untuk membayar, kami pun balik ke rumah.

Hari ini memang letih, tetapi keletihan dipenuhi dengan barangan-barangan yang murah saya dapat beli, itu merupakan sejenis kepuasan.

1 comment:

  1. manying, bersabar dan bertahan untuk setahun lagi. lepas tu bolehlah kita bercuti sepuas-puasnya.
    tapi, siapa tau nanti kita semua tak biasa tak perlu hadir kuliah waktu malam pulak...heheee

    ReplyDelete