Sunday, August 16, 2009

Saya dengan badminton




Tahun ini, entah bulan apa, entah hari apa, rakan sekerja sekolah saya telah mengajak saya bermain badminton sesamanya. Disebabkan saya kena tunggu di sekolah sampai pukul tiga petang sebab saya berkongsi kereta dengan abang saya, maka saya pun terima pelawaan itu.


Kami main sampai pukul tiga setengah. Disebabkan lama tidak main, sesudah sampai rumah, saya berasa amat letih. Tetapi seronok juga kerana dapat berpeluh dengan banyak. Sejak hari itulah, saya macam ketagih akannya. Setiap minggu sampai ke hari jumaat, tentu saya seronok kerana boleh main badminton. Kadang-kala pada hari minggu, kita juga balik ke sekolah dan bermain di gelanggang sekolah.


Saya mendapat banyak manfaat daripada bermain badminton. Yang paling ketara ialah saya dapat menyimbangi tekenan kerja saya. Banyak kerja sekolah dan tugasan-tugasan yang tidak kehabis-habisan… dan tekanan pula tidak dapat dilepas-lepaskan. Dengan bersukan sekali seminggu, saya dapat melepas geram melalui bermain badminton seperti gerak-gerak lari, mengejar bulu tangkis, dan “smash”… dapatlah saya melepaskan apa yang sepatutnya dilepaskan…ha ha seronok betul..


Dulu, saya akan deman jikalau keletihan bekerja atau kerja sampai larut malam. Ini disebabkan kekurangan rehat dan tidak cukup tidur, maka keimunan badan merosot. Sekarang, badan saya bertambah baik setelah bersenam. Walaupun sibuk bekerja, kami harus seimbangkan dengan senaman . Dengan itulah, kehidupan kita akan terjamin dan sihat, sejahtera serta damai.


Di samping bermain badminton, saya juga membeli kelengkapan-kelengkapan badminton. Pada mulanya, saya bermain badminton dengan kasut-bersiar-siar dan hari itu saya hampir terseliuh. Maka, hari keesokkan saya telah membeli sepasang kasut yonex. Selepas itu, saya boleh main dengan berkeyakinan dan lebih bersemangat lagi. Selain itu, saya tidak akan terjatuh atau terseliuh lagi.


Tambahan pula, raket badminton yang saya gunakan selama ini kepunyaan abang saya. Kebetulan pada sabtu lepas, kawan saya telah mengajak pergi ke kedai sukan. Jadi, daripada nasihat dan pengesyoran pemilik kedai itu (jurulatih badminton sekolah saya), kami berdua-dua masing-masing dapat membeli raket baru.


Pemain pujaan saya ialah Datuk Lee Chong Wei, walaupun kebelakangan ini beliau telah mengalami kekalahan dalam pertandingan, tetapi saya percaya bahawa beliau telah mencuba sedaya upaya untuk bermain. Kita harus mencontohi semangat kesukanan beliau dan bukan berasa sedih atas kekalahannya.

5 comments:

  1. Bola keranjang dan badminton amat disukai,
    Tapi bukan semua yang menggemari,
    Ada masa mainlah sesuka hati,
    Badan sihat tiap-tiap hari,
    Panaskan badan sebelum berlari,
    Tidaklah letih sepanjang hari,
    Kalau ada peluang nanti,
    Bolehlah kita main sekali.

    P/S: Pemain badminton Malaysia kurang konsisten, mana silapnya?

    ReplyDelete
  2. Saya berminat untuk bermain badminton juga. Tapi sayangnya tak ada teman untuk bermain. Saya pernah mengajar subjek PJ budak tahun 3, maka saya bermain badminton dengan mereka semasa waktu PJ. Seronok dapat berlari dan berpeluh.
    Kawan pernah mengajak bermain badminton bersama-sama, tetapi jauh tempat tinggal kawan itu dari rumah saya. Maka tak jadi bermain bersama.
    Enjoylah dengan puas-puas ketika bersenam dan bermain badminton dengan kawan-kawanmu.

    ReplyDelete
  3. Saya juga suka main badminton, tetapi tidak pandai. Saya cuma main di taman kerana saya malas kejar bola ....

    ReplyDelete
  4. Ooi: Ooi juga seorang pemain bola keranjang, ooi juga akan berasa panik apabila dalam gelanggang, saya rasa Pemain badminton Malaysia juga macam tu. Pemain badminton Malaysia harus tabahkan hati apabila menentang dengan pemain-pemain negara lain terutama dengan pemain China ..

    ReplyDelete
  5. bermain badminton di gelanggang yang berlainan juga mempengaruhi pemain. hanya kekentalan , semangat, dan latihan yang cukup dapat mengatasi semuan itu. . malaysia kurang pelapis. jom kita pakat asah bakat2 murid jadi pemain badminton.lagi satu latih mereka yang kidal. contohilah pemain kidal yang telah berjaya. ini kerana mereka biasa bermain dengan pemain kanan,sebaliknye pemain kanan jarang bermain dengan pemain kidal. itu strateginye.

    ReplyDelete