Friday, August 14, 2009

kawan

Kawan
Apa yang harus fikirkan
Jika kita tiada teman,
Keadaan yang amat kasihan,
Buat apalah nak lawan.

Akur dengan apa yang terjadi,
Pelbagai halangan perlu melalui,
Kawan yang abadi,
Di manakah harus aku temui.

Kaulah penyeri hidupku,
kaulah penyinar jiwaku,
Tanpamu, aku hilang tuju,
Aku haruslah tabahkan hatiku.

4 comments:

  1. tanpa kawan kosong kehidupan
    tanpa kawan hilang keriangan
    tanpa kawan terang menjadi suram

    kawan
    menyinar seri perjalanan yang panjang
    hati resah gundah hilang rawan
    kerna kawan penawar
    setiap kesepian
    setiap kerinduan

    selagi semangat setia kawan utuh
    kekalkan
    usah biar tercalar mengguris rasa
    kerna kawan mampu bertukar lawan
    faham memahami bertolak ansur
    kunci keutuhan
    dalam persahabatan..

    ReplyDelete
  2. Kawan

    Kawan sejati,
    susah dicari,
    senang diingati,
    duka dijauhi,
    suka dirapati,

    Adat berkawan,
    buat baik berpada-pada,
    buat jahat jangan sekali.
    kawan sejati akan dikenang
    hingga akhir nanti.

    **********************************************
    p/s : siapa kawan baik manying

    ReplyDelete
  3. Usah kau bersedih bersendirian
    bukan mudah mencari teman
    teman sejati sukar ditemui
    lebih baik sendiri...

    Hidup ini satu perjuangan
    dari siang ke malam
    sunyi itu satu kemestian
    jangan terkenang kasih tak kesampaian...

    Bila tiba waktunya
    sambutlah hadirnya
    Jagalah
    Kenalilah
    Sayangilah
    Moga kasih tidak layu
    Bagai angin lalu.

    ReplyDelete
  4. Kawan sejati

    Kawan
    Tanpa kau
    Hidupku bosan
    Hidupku hanya hitam dan putih

    Kawan
    Tanpa kau
    Aku rasa tak selesa
    Aku hanya seorang diri

    Kawan
    Hidupku memerlukan kau

    ReplyDelete