Wednesday, April 15, 2009

Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu

Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) (IATA: BKI, ICAO: WBKK) terletak kira-kira 8 km dari bandar raya Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah, Malaysia. Ia adalah lapangan terbang kedua paling sibuk di Malaysia selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan kira-kira 4 juta orang penumpang menggunakan lapangan terbang ini setiap tahun untuk penerbangan domestik dan antarabangsa. Ia juga pintu utama bagi negeri Sabah. Dalam tahun 2006, kira-kira 2 juta pelancong melawati Sabah, dan dianggarkan bilangan pelancong meningkat melebihi 2.5 juta pada akhir 2007.




Pada pertengahan 2005, kerajaan Malaysia telah meluluskan satu projek untuk mengubahsuai dan menyambung LTAKK yang bernilai RM1.4 juta yang akan menyaksikan panjang landasan sedia ada sepanjang 2,988 m ditambah ke 3,780 m dan saiz terminal utama lapangan terbang (Terminal 1) bertambah dari 34,000 m² ke 87,000 m².

Terminal baru lapangan terbang ini boleh menampung empat Boeing 747, satu Airbus A330, tujuh Boeing 737, tiga Fokker 50 dan tiga Dornier pada bila-bila masa. Ia juga akan memiliki 12 jambatan udara untuk kegunaan penumpang.Menara kawalan trafik udara sekarang yang tercantum pada bangunan terminal utama akan dirobohkan dan akan diganti oleh satu menara berasingan. Keseluruhan projek termasuk sambungan landasan terbang dijadualkan siap pada pertengahan tahun 2009.

Apabila keseluruhan projek telah siap, lapangan terbang LTAKK akan dapat menampung pesawat Airbus A380, pesawat penumpang terbesar dunia. Lapangan terbang ini juga akan menjadi lapangan terbang yang kedua terbesar di Malaysia dengan satu kapasiti tahunan 12 juta orang penumpang - 9 juta dari terminal 1 dan 3 juta dari terminal 2.

No comments:

Post a Comment