Friday, April 17, 2009

Bunga Matahari



Nama Tempatan:Bunga Matahari
Nama Saintifik:Helianthus annuus
Nama Lain:common sunflower, sunflower, mirasol
Famili:Asteraceae/Compositae
Lokasi dijumpai:Tumbuhan di melur.com
Asal:Amerika



Terdapat pelbagai jenis bunga matahari yang biasa ditanam sebagai tumbuhan penghias halaman di Malaysia.Bunga matahari mendapat namanya kerana ciri bunganya yang akan sentiasa berpaling mengikut arah matahari.Kebanyakan bunga matahari boleh tumbuh agak tinggi sekitar 6 hingga 15 kaki. Bunganya pula bersaiz besar jika dibandingkan dengan bunga lain dari keluarga daisi.Diameter bahagian tengah bunganya selalunya berukuran antara 6 hingga 12 inci bergantung kepada keadaan iklim tempat penanamannya.Jika di Malaysia contohnya bunga matahari yang ditanam di kawasan tanah tinggi mempunyai saiz yang lebih besar dari yang ditanam ditanah rendah.Daunnya berbentuk oval.Bahagian permukaan daun dan batangnya di litupi oleh lapisan bulu kejur.

Ia merupakan sejenis tumbuhan yang mudah di tanam. Medium tanamannya berupa tanah yang neutral atau sedikit alkali.Jika tanah asid, kapur perlu ditabur sebelum bunga matahari ditanam.Seperimana namanya ia memerlukan cahaya matahari yang penuh.Ia merupakan tumbuhan semusim yang mempunyai kitar hidup yang pendek, sesetengah jenis hanya mampu bertahan selama 60 hari sahaja.Pembiakannya dilakukan melalui biji benih yang didapati daripada bahagian tengah bunganya.

No comments:

Post a Comment