Thursday, October 15, 2009

Pengalaman saya sepanjang 15 minggu

Peperiksaan akhir semester 6 telah berakhir pada 15.10.2009 iaitu khamis semalam yang telah berlarutan sampai pukul 12.30a.m.(sebab selepas peperiksaan akhir, kami terpaksa membuat persembahan tentang tugasan kumpulan kami).

Akan tetapi, cuti yang dinanti-nantikan sepanjang 2 minggu akan bermula hari ini, ha ha seronoknya… (telah bersusah 15 minggu dan sekarang baru boleh BERCUTI!!!)

Pengalaman saya sepanjang kursus teknologi maklumat, bahasa dan kesusasteraan ini amatlah memanfaatkan kehidupan saya. Pertama, kegunaan facebook dalam internet telah ditekankan oleh Dr.Normaliza supaya kita dapat berhubung antara satu sama lain. Bagi saya, ia melebihi daripada itu. Dengan adanya facebook, saya dapat menghubungi semula kawan-kawan tingkatan 5 yang telah berpisah selama 8 tahun. Tambahan pula, dengan melayari facebook, saya dapat mengetahui perkembangan semasa kawan-kawan saya baik kawan dari maktab ataupun rakan sekerja lama.

Dahulu, saya hanya menggunakan komputer untuk urusan kerja dan bermain game sahaja, sekarang saya mampu menggunakan komputer untuk berkomunikasi dengan orang lain…(itu kesan baik dari tanggapan saya, terima kasih atas ajaran Dr.)

Kedua, kedua-dua tugasan kumpulan kami yang berlarutan sampai pukul satu pagi tidak akan saya lupakan…

Tugasan satu yang mengenai menyamakan tempo lagu dalam power point, tugasan ini sebenarnya tidak susah tetapi ia memerlukan kemahiran dalam penggunaan komputer. Atas kerjasama ahli kumpulan kami, kami berjaya mempersembahkan satu persembahan yang baik.

Tugasan satu lagi adalah penulisan yang berpanjang 30 muka surat tentang tajuk "Peranan Pencipta Laman Web terhadap Software Bahasa" tanpa merujuk sebarang rujukan. Pada mulanya, saya tidak yakin bahawa saya boleh malakukannya tetapi sambil mengarang, idea-idea terus menjana, akhirnya saya dan kumpulan saya mampu menyelesaikan “mission impossible” ini…

Seterunya, tugasan dalam laman web iaitu cerita kanak-kanak. Disebabkan internet rumah saya lambat, maka saya jarang melayari internet. Kebetulan hari tersebut saya melayari blog dr. dan terjumpa tugasan baru, saya terus mendaftarkan tajuk dan sebarkan berita ini di facebook. Saya ni keterlambat juga kerana cerita kanak-kanak berumur 6 tahun habis didaftar dan terpaksalah mendaftar cerita kanak-kanak berumur 7 tahun yang memerlukan 8 halaman untuk menulisnya. Nasib baik saya dapat siap juga.

Sepanjang semester ini memang penuh dengan kegembiraan dan kedukaan. Gembira kerana dapat mempelajari satu kegunaan teknologi yang baru seperti e-sastera, blog yang sebelum ini tidak saya dikenali. Duka pula disebabkan beberapa tugasan kami berlarutan sampai ke lewat malam sehingga hari keesokan saya tidak bersemangat untuk mengajar kerana kekurangan tidur..

Sekarang, tibalah masa untuk menikmati cuti semester.

Akhirnya saya ingin berterima kasih kepada Dr. Normaliza yang telah banyak memanfaatkan saya dalam dunia teknologi…

No comments:

Post a Comment